hati yang tidak menangis
tidakkah kau merasa sedih
tidakkah kau terasa sayu
mendengar berita itu
membaca kata2 orang tentang berita itu
melihat warta berbincang tentang itu
hati yang tidak menangis
tidak bermakna tidak bersedih
tidak bermakna tidak sayu
pelbagai cerita palsu
pelbagai andaian
pelbagai tuduhan
pelbagai kata yang kononnya bijak bicara
entah apa-apa sahaja
sudahlah diam sahaja
hati ini hanya menangis
melihat kebodohan manusia
melihat hipokrasi si bodoh sombong
melihat mereka yang inginkan populariti saja
sudahlah diam sahaja
biar doa didengar Tuhan
biar doa dihati ikhlas
biar menangis di dalam hati sahaja
sudahlah diam sahaja
engkau tak perlu tahu
jika hati ini tidak menangis