ikhlas kah kami?

apa masih dipertikaikan?
ikhlasnya pengajar-pengajar kita?
apa masih lagi dituduh?
berkerja kerana duit? hamba kepada dunia?
kenapa masih ada jengkel
memandang hanya sebelah mata
iye, kami kecil dan kerdil

tidakkah mereka tahu?
kami tinggal di atas tanah yang mahal
kami makan…ahh..tidak selera lagi makan
sekiranya duit yang diusahakan
dibeli makanan untuk sekeluarga
menjadi pertikaian keihkhlasan

tidakkah mereka tahu?
kami bapa yang perlu mencari nafkah
kami ibu yang terpaksa tinggalkan anak2 kami dirumah
kami anak2 yang menanggung ibu bapa di hujung usia
kami pelajar yang perlu membayar yuran institusi
kami suami yang korbankan masa dan tenaga keluar mengajar
kami isteri yang korbankan masa dan tenaga keluar megajar
maka iye, kerana dunia korporat manusia hina,
kami berkerja kerana duit

tidakkah mereka tahu?
pekerjaan kami bukan untuk mereka
pekerjaan kami bukan juga untuk kami
setiap kata dan tenaga menjadi saksi
iye, kami hina dan kerdil

tapi ikhlasnya hati bukan hak mereka
tapi rezeki kami bukan hak mereka
tapi kerja kami bukan hak mereka
untuk dihitung dan pertikai

kami yang segilintir ini
tidak di pandang oleh manusia berkuasa
iye, kami hina dan kerdil

kami hanya ingin menempah syurga
kami hanya ingin digugurkan dosa
kami hanya ingin secebis rahmatMu

ahh..kami hamba yang kerdil
tapi bukan di mata mereka
jangan ditanya ikhlas kah kami?
ikhlas kah kamu menerima ilmu?
ilmu yang menjadi saksi kami nanti?

Leave a comment