mudahkan aku

mudahkan aku Ya Allah

mudahkan aku untuk sentiasa tunduk pada Mu

mudahkan aku untuk berwudhu’ sucikan diri ku

mudahkan aku untuk berdiri tunaikan solat

walau di mana jua aku berada

mudahkan aku Ya Allah

mudahkan aku untuk membasahi bibirku dengan zikir Mu

mudahkan aku untuk sampaikan cintaku pada Rasul Mu

mudahkan aku untuk menggenggam Al-Qur’an mencerahkan hati ku

walau di mana jua aku berada

mudahkan aku Ya Allah

mudahkan aku nanti

mudahkan aku bertauhid di saat akhir

mudahkan aku redha tinggalkan segala

mudahkan aku sampaikan sayangku

mudahkan aku sekiranya malaikatmu menjemputku

mudahkan aku menempuh kegelapan dan sendirian

mudahkan aku menjadi saksi roh dan jasadku

mudahkan aku Ya Allah

mudahkan aku meniti sirat Mu

mudahkan aku menempah tempat di syurga Mu

mudahkan aku Ya Allah

mudahkan aku Ya Allah

sentiasa takut dan ingat pada kehendak Mu

sentiasa dambakan redha Mu

mudah mudahan Engkau terima rintihan ku

mudah mudahan Engkau terima ibadah ku

mudahkan aku Ya Allah

Leave a comment